
ULTRASOUND 2D/5D



APA ITU ULTRASOUND 2D/5D ?
Ultrasound, atau dikenali juga sebagai imbasan sonogram, merupakan teknologi diagnostik perubatan yang menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi yang selamat dan tidak memudaratkan untuk menghasilkan imej real-time struktur dalaman badan. Di Klinik Perubatan Raudhah, kami komited menyediakan perkhidmatan imbasan ultrasound yang tepat dan berkualiti tinggi menggunakan peralatan canggih bagi membantu diagnosis dan penilaian kesihatan anda.
Klinik Perubatan Raudhah menawarkan pelbagai jenis scan ultrasound untuk memenuhi keperluan diagnostik yang berbeza: Ultrasound Antenatal (Scan Kehamilan)
Salah satu perkhidmatan ultrasound yang paling popular adalah antenatal scan untuk memantau perkembangan kandungan. Pemeriksaan ini penting sepanjang tempoh kehamilan untuk memeriksa kesihatan ibu dan bayi. Kami menyediakan pelbagai pilihan scan kehamilan:
Ultrasound 2D: Imej hitam putih rata yang merupakan standard dalam pemantauan asas kandungan. Ia penting untuk mengukur tumbesaran bayi, memeriksa organ dalaman, dan menentukan jantina.
Ultrasound 5D merupakan teknolog yang menghasilkan imej 3D/4D yang lebih jelas dan realistik dengan perincian yang lebih baik, seringkali dengan tona warna kulit untuk paparan yang lebih hidup.
Selain scan kehamilan, kami juga menyediakan ultrasound untuk pemeriksaan bahagian lain badan seperti abdomen (untuk hati, ginjal, pundi hempedu), pelvis (untuk rahim, ovari, pundi kencing), dan lain-lain mengikut keperluan perubatan.








