
NEBULISER



Memahami Rawatan Nebuliser (NEB)
Nebuliser ialah kaedah rawatan di mana ubat cecair ditukarkan menjadi kabus halus (aerosol) dan disedut terus ke paru-paru melalui topeng muka atau corong mulut. Mesin menggunakan pemampat kecil untuk menghasilkan wap yang boleh disedut sambil bernafas seperti biasa.
Digunakan Untuk:
Asma (Lelah)
COPD (Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik)
Bronkiolitis & beberapa jangkitan paru-paru
Kelebihan Nebuliser Berbanding Inhaler:
Mudah Digunakan: Tiada teknik pernafasan khusus diperlukan, sesuai untuk kanak-kanak, warga emas, atau pesakit sesak nafas
Penyerapan Pantas: Ubat terus ke paru-paru untuk kesan segera
Dos Berkesan: Boleh hantar dos tinggi terus ke sasaran jika perlu






