
BUKA BUKU PINK



Membuka “Buku Pink”: Langkah Pertama Kehamilan
“Buku Pink” atau Buku Rekod Kesihatan Ibu ialah rekod penting perjalanan kehamilan anda. Ia berfungsi sebagai “pasport kesihatan” ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.
Kenapa Buku Pink Penting?
Semua rekod kehamilan dicatat di sini, termasuk tekanan darah, berat badan, ujian air kencing, degupan jantung bayi dan tumbesaran rahim. Ini memastikan penjagaan kehamilan yang berterusan dan selamat di mana-mana fasiliti kesihatan.
Bila Perlu Buka Buku Pink?
Seawal mungkin, sebaik-baiknya sebelum 12 minggu kehamilan.
Apa Berlaku Semasa Lawatan Pertama?
Sejarah kesihatan ibu dan keluarga
Ujian darah penting (kumpulan darah, Hb, saringan jangkitan)
Imbasan ultrasound untuk sahkan usia dan kedudukan kandungan
Nasihat pemakanan, suplemen dan gaya hidup sihat
Lawatan ini penting untuk memastikan kehamilan anda bermula dengan penjagaan yang betul dan terancang.






